Tuesday, April 13, 2010

PUSARA IBU

Petang tadi aku pergi ke pusara ibu..Waktu itu dalam pukul 4 petang..Panas terik dan sepi..Terasa sebak kerana ibu sendirian di situ..Tiada insan2 tersayang menemani..Aku bersimpuh di sisi pusara sambil menghadiahkan kalam suci..Sesekali dalam terik panas mentari angin dingin menyapa menyejukkan seolah2 ibu hadir menemaniku..Air jernih laju mengalir walau diseka..aku terasa dekat dengan ibu..Betapa wajahnya jelas terbayang di ruangan mata..Ibu..,Aku teramat rindu pada mu..Aku ingin dekat padamu..Aku tidak memiliki insan semurnimu..,yang sanggup menemani setiap resahku..mendengar cerita lukaku dan berkongsi suka duka..Entah mengapa sampai saat ini air mata masih mengalir membasahi pipi...Ibu terlalu cepat ayah mencari penggantimu..Aku terpaksa menerima pilihannya sedang hati ini tidak merelakan..Betapa ibu pergi belumpun sampai 100 hari tapi ayah sudah memikirkan untuk mencari pengganti...Terlalu rapuh sebuah kasih sayang yang berabad terbina..Aku menjadi keliru memaknakan erti sebuah setia..cinta dan kasih sayang...di mana kah kenangan indah yang ayah lemparkan..sedang aku masih terasa kehilangan ibu..10/4/2010 ayah telah mengahwini pilihan hatinya..Hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasai..Aku harap ayah bahagia dengan pilihannya walaupun pilihannya tidak sehebat ibu..Padaku tiada yang lain selayak nya menggantikan tempat ibu
kerana ibu seorang isteri yang cukup baik..Aku harap perkahwinan itu bukan kerana harta tapi kerana keikhlasan ....Muga ayah bahagia hingga ke akhir hayat...

2 comments:

  1. seorang ibu dalam ingat, membaca catatan ini, mengimbas kenangan bersama ibu, yang pergi lewat 10 thun dlu, terasa semalam dia ada lagi, setiap sapaan kita disambutnya, walau di muka pintu.

    ReplyDelete
  2. Kelompen,
    Ibu adalah segalanya pada hidup seorang anak..Kehilangannya adalah sesuatu yang amat pedih..Hati terlalu sayu bila bayangan ibu hadir..

    ReplyDelete