Wednesday, April 7, 2010

TAK SEINDAH MAHLIGAI

SINOPSIS;


Cerita ini mengisahkan tentang penderitaan hidup yang terpaksa dilalui oleh Amiera.Amiera seorang gadis kampung yang berkahwin dengan Azam anak orang berada.Amiera tidak di senangi oleh keluarga Azam kerana pada permulaannya ibu Azam ingin menjodohkan azam dengan sepupunya Kartini.Azam menolak kerana telah menggangap Kartini seperti adiknya sendiri.Azam telah jatuhn cinta pada Amiera kerana sifat lemah lembut dan kecantikannya.Oleh kerana Azam terlalu mendesak untuk mengahwini Amiera,keluarganya terpaksa akur dengan pilihannya.

Pada mulanya Amiera menolak kerana sudah mempunyai teman lelaki apalagi Amiera merasakan dirinya tidak layak digandingkan dengan Azam kerana kedudukan Azam yang jauh berbeza dengan keluarganya.
Namun demikian sikap Azam yang pandai mengambil hati kedua orang tua Amiera,membuatkan mereka sukakan Azam..dan memujuk Amiera untuk menerima Azam sebagai suami..

Dari detik itulah bermulanya episod duka dalam hidup Amiera.Pelbagai penderitaan dan penghinaan dari keluarga Azam, terpaksa ditelan oleh Amiera.Azam telah diminta oleh keluarganya kembali menjalankan perniagaan arwah ayahnya.Dalam keadaan serba salah..,Azam terpaksa membuat pilihan untuk menerima perlawaan keluarganya demi menyelamatkan perniagaan arwah ayahnya..

Azam terpaksa membawa anak dan isterinya pulang ke rumah ibunya.Walaupun berat untuk Amiera menerima keputusan Azam tetapi dia terpaksa menurut demi kasih sayangnya terhadap Azam dan anaknya.
Nordin, abang ipar Azam pula berniat untuk membolot semua harta kekayaan milik keluarga azam..Beliau juga menaruh perasaan terhadap Amiera.Ibu azam dan kakaknya cuba mencari jalan untuk memisahkan Azam dan Amiera.Pelbagai cara dilakukan termasuk menggunakan khidmat bomoh..

Hasil perkongsian hidup Amiera dan Azam,mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Amy dan Amir.meskipun sudah mempunyai cucu tetapi ibu Azam masih tidak dapat menerima kehadiran Amiera dengan sepenuh hati..

Tingkah laku Azam semakin berubah semenjak ibunya menemui bomoh.Azam seolah2 hilang pertimbangan.Setiap yang berlaku pasti Amiera dipersalahkanAzam pula sudah berani menampar Amiera.Ianya benar2 menghancurkan hati Amiera.

Kekecewaan demi kekecewaan membuatkan amiera tekad untuk kembali ke kampung.Ibu azam pula cuba memutuskan perhubungan Amiera dengan keluarganya kerana bimbang Amiera akan mengikis harta azam untuk kesenangan keluarganya..

Di kampung nya Amiera telah bertemu kembali dengan kekasihnya Haikal..Pertemuan tersebut telah mengembalikan ingatan Amiera kepada kenangan lalu bersama Haikal..

Pertemuan itu hanya sementara kerana Amiera terpaksa kembali kepada Azam demi anak2.Suatu hari Kartini telah kembali ke tanah air setelah tamat belajar.Kartini masih menaruh harapan terhadap Azam.Kepulangan Kartini mengembirakan ibu Azam.Kartini pula sentiasa mengambil kesempatan untuk menambat kembali hati Azam.Sikap Kartini menambahkan sakit di hati Amiera.

Pergolakan hidup ini berakhir dengan penuh tragis apabila maznah dan ibu Azam mengetahui yang Nordin sudah mengelapkan duit syarikat setelah Nordin berjaya memujuk Maznah menyerahkan syer syarikat ke atas namanya,Maznah dan ibu Azam begitu marah kepada Nordin.Maznah mengamuk apabila mengetahui nordin juga telah berkahwin dengan setiaushanya.

Terjadi pergelutan antara Maznah dan Nordin.Maznah telah mengambil pisau dan cuba menikam Nordin tetapi Nordin sempat mengelak dan merampas pisau di tangan Maznah.Waktu itu Azam dan amiera baru pulang ke rumah setelah membawa anak ke klinik.Amiera cuba menghalang apabila melihat Nordin cuba menikan ibu mertuanya yang sedang menghubungi polis.Malangnya pisau di tangan Nordin telah tertikam perut Amiera dan Amiera rebah.Dia dikejarkan ke hospital.Timbul penyesalan di hati semua lebih2 lagi ibu Azam.Amiera sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan ibu Azam walaupun dia sendiri tidak pernah disayangi oleh ibu Azam..,namun penyesalan itu sudah tidak bermakna lagi apabila Amiera sudah tidak dapat diselamatkan lagi...

Synopsis by Qasih..

No comments:

Post a Comment