Friday, March 26, 2010

PENGALAMAN YG INGIN DIKONGSI

Aku mengharapkan di blog ini aku mendapat rakan2 dari kaum hawa juga kerana banyak yang ingin aku kongsikan dengan mereka..pengalaman..,tips,petua..,kecantikan..,masakan dan mcm2.Segala yang aku tahu akan kutumpahkan di sini..Pengalaman yang aku ada,minat dan semuanya ..Aku sebenarnya juga seorang juruandam dan kecantikan..aku telah mencari pengalaman di serata pelusuk untuk menambahkan pengetahuan dalam semua bidang yang aku minati..Padaku mencari ilmu tiada penghujungnya..Dalam hidup ini aku ingin sangat berada dalam pelbagai situasi..Aku tak kesah dalam memilih kawan kerana padaku mereka semua insan yang punya hati dan perasaan..Aku senang bercerita dan bertanya pada mereka pengalaman hidup mereka.Aku pernah berkawan dengan mak nyah2 dan pada ku mereka terlalu baik.Kadang2 apa yang mereka lakukan ada sebabnya.padaku itu masalah mereka..Walaupun kadang2 masyarakat memandang serong pada mereka tapi sebenarnya mereka tidak pernah meminta untuk menjadi demikian..malah aku pernah duduk bersama pengemis.Perempuan2 yang memilih hidup yang salah,penagih dadah,orang tua yang terpinggir..Aku sebenarnya seorang yang prihatin dan mudah bersimpati..kadang2 sikap aku yang mudah kesian tak bertempat membuatkan aku sendiri menjadi mangsa keadaan...

No comments:

Post a Comment