Tuesday, April 13, 2010

ERTI SEBUAH SETIA

Hidup terlalu sukar untuk ditafsirkan..Untuk mencari maknanya pun tak mungkin ada jawapan..Tersangat sulit memahami walau semakin diselami..kesetiaan ada kala menjadi permainan..Bagai pentas kehidupan yang pelbagai watak..Pelakunnya memakai topeng2 wajah pelbagai warna...

Aku antara insan yang menjadi mangsa keadaan.mugkin kerana aku seorang yang terlalu mendambakan kesetiaan maka aku terlupa bahawa nilai sebuah setia sudah tiada harganya..Memperuntukkan seratus persen pada kesetiaan akan melukakan diri sendiri..

Aku keliru mengapa ungkapan sayang dan cinta menjadi permainan.Senda apakah yang ingin di pamerkan sedan g aku serius dalam mempertahankan..Mengapa sayang yang diungkapkan tapi dalam masa yang sama hati dilukai..Begitu murah kah nilai sebuah kasih dan sayang..

Demi sayang aku sering mengalah dan memberi peluang dengan harapan hubungan dapat diteruskan namun
kelukaan sering bertandang..berkali2 tanpa jemu..kelemahanku di jadikan kesempatan untuk melukai..Begitu hati seorang lelaki...terlalu mudah terlupa pada kata2 dan janji..Terlalu rapuh sebuah kesetiaan yang ingin dipertahankan..kerap kali kecundang hanya dengan kehadiran insan lain sedangkan yang sedia ada adalah yang terbaik..

Lelaki..,mengapa kau tidak pernah mengerti hati seorang perempuan..Keinginannya dan ketulusanya..Kasih sayangnya dan kemesraannya..Mengapa tidak kau sirami dan bajai ia dengan serumpun sayangmu agar ia makin melebat..Andai ia kering dan layu..kau tidak akan lagi dapat mencium harumnya buat selamanya..Penyesalan tiada gunanya kerana ia telah gugur dan jatuh ke bumi...Yang tinggal cuma sekeping kenangan yang lusuh ditelan masa...

PUSARA IBU

Petang tadi aku pergi ke pusara ibu..Waktu itu dalam pukul 4 petang..Panas terik dan sepi..Terasa sebak kerana ibu sendirian di situ..Tiada insan2 tersayang menemani..Aku bersimpuh di sisi pusara sambil menghadiahkan kalam suci..Sesekali dalam terik panas mentari angin dingin menyapa menyejukkan seolah2 ibu hadir menemaniku..Air jernih laju mengalir walau diseka..aku terasa dekat dengan ibu..Betapa wajahnya jelas terbayang di ruangan mata..Ibu..,Aku teramat rindu pada mu..Aku ingin dekat padamu..Aku tidak memiliki insan semurnimu..,yang sanggup menemani setiap resahku..mendengar cerita lukaku dan berkongsi suka duka..Entah mengapa sampai saat ini air mata masih mengalir membasahi pipi...Ibu terlalu cepat ayah mencari penggantimu..Aku terpaksa menerima pilihannya sedang hati ini tidak merelakan..Betapa ibu pergi belumpun sampai 100 hari tapi ayah sudah memikirkan untuk mencari pengganti...Terlalu rapuh sebuah kasih sayang yang berabad terbina..Aku menjadi keliru memaknakan erti sebuah setia..cinta dan kasih sayang...di mana kah kenangan indah yang ayah lemparkan..sedang aku masih terasa kehilangan ibu..10/4/2010 ayah telah mengahwini pilihan hatinya..Hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasai..Aku harap ayah bahagia dengan pilihannya walaupun pilihannya tidak sehebat ibu..Padaku tiada yang lain selayak nya menggantikan tempat ibu
kerana ibu seorang isteri yang cukup baik..Aku harap perkahwinan itu bukan kerana harta tapi kerana keikhlasan ....Muga ayah bahagia hingga ke akhir hayat...

Wednesday, April 7, 2010

TAK SEINDAH MAHLIGAI

SINOPSIS;


Cerita ini mengisahkan tentang penderitaan hidup yang terpaksa dilalui oleh Amiera.Amiera seorang gadis kampung yang berkahwin dengan Azam anak orang berada.Amiera tidak di senangi oleh keluarga Azam kerana pada permulaannya ibu Azam ingin menjodohkan azam dengan sepupunya Kartini.Azam menolak kerana telah menggangap Kartini seperti adiknya sendiri.Azam telah jatuhn cinta pada Amiera kerana sifat lemah lembut dan kecantikannya.Oleh kerana Azam terlalu mendesak untuk mengahwini Amiera,keluarganya terpaksa akur dengan pilihannya.

Pada mulanya Amiera menolak kerana sudah mempunyai teman lelaki apalagi Amiera merasakan dirinya tidak layak digandingkan dengan Azam kerana kedudukan Azam yang jauh berbeza dengan keluarganya.
Namun demikian sikap Azam yang pandai mengambil hati kedua orang tua Amiera,membuatkan mereka sukakan Azam..dan memujuk Amiera untuk menerima Azam sebagai suami..

Dari detik itulah bermulanya episod duka dalam hidup Amiera.Pelbagai penderitaan dan penghinaan dari keluarga Azam, terpaksa ditelan oleh Amiera.Azam telah diminta oleh keluarganya kembali menjalankan perniagaan arwah ayahnya.Dalam keadaan serba salah..,Azam terpaksa membuat pilihan untuk menerima perlawaan keluarganya demi menyelamatkan perniagaan arwah ayahnya..

Azam terpaksa membawa anak dan isterinya pulang ke rumah ibunya.Walaupun berat untuk Amiera menerima keputusan Azam tetapi dia terpaksa menurut demi kasih sayangnya terhadap Azam dan anaknya.
Nordin, abang ipar Azam pula berniat untuk membolot semua harta kekayaan milik keluarga azam..Beliau juga menaruh perasaan terhadap Amiera.Ibu azam dan kakaknya cuba mencari jalan untuk memisahkan Azam dan Amiera.Pelbagai cara dilakukan termasuk menggunakan khidmat bomoh..

Hasil perkongsian hidup Amiera dan Azam,mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Amy dan Amir.meskipun sudah mempunyai cucu tetapi ibu Azam masih tidak dapat menerima kehadiran Amiera dengan sepenuh hati..

Tingkah laku Azam semakin berubah semenjak ibunya menemui bomoh.Azam seolah2 hilang pertimbangan.Setiap yang berlaku pasti Amiera dipersalahkanAzam pula sudah berani menampar Amiera.Ianya benar2 menghancurkan hati Amiera.

Kekecewaan demi kekecewaan membuatkan amiera tekad untuk kembali ke kampung.Ibu azam pula cuba memutuskan perhubungan Amiera dengan keluarganya kerana bimbang Amiera akan mengikis harta azam untuk kesenangan keluarganya..

Di kampung nya Amiera telah bertemu kembali dengan kekasihnya Haikal..Pertemuan tersebut telah mengembalikan ingatan Amiera kepada kenangan lalu bersama Haikal..

Pertemuan itu hanya sementara kerana Amiera terpaksa kembali kepada Azam demi anak2.Suatu hari Kartini telah kembali ke tanah air setelah tamat belajar.Kartini masih menaruh harapan terhadap Azam.Kepulangan Kartini mengembirakan ibu Azam.Kartini pula sentiasa mengambil kesempatan untuk menambat kembali hati Azam.Sikap Kartini menambahkan sakit di hati Amiera.

Pergolakan hidup ini berakhir dengan penuh tragis apabila maznah dan ibu Azam mengetahui yang Nordin sudah mengelapkan duit syarikat setelah Nordin berjaya memujuk Maznah menyerahkan syer syarikat ke atas namanya,Maznah dan ibu Azam begitu marah kepada Nordin.Maznah mengamuk apabila mengetahui nordin juga telah berkahwin dengan setiaushanya.

Terjadi pergelutan antara Maznah dan Nordin.Maznah telah mengambil pisau dan cuba menikam Nordin tetapi Nordin sempat mengelak dan merampas pisau di tangan Maznah.Waktu itu Azam dan amiera baru pulang ke rumah setelah membawa anak ke klinik.Amiera cuba menghalang apabila melihat Nordin cuba menikan ibu mertuanya yang sedang menghubungi polis.Malangnya pisau di tangan Nordin telah tertikam perut Amiera dan Amiera rebah.Dia dikejarkan ke hospital.Timbul penyesalan di hati semua lebih2 lagi ibu Azam.Amiera sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan ibu Azam walaupun dia sendiri tidak pernah disayangi oleh ibu Azam..,namun penyesalan itu sudah tidak bermakna lagi apabila Amiera sudah tidak dapat diselamatkan lagi...

Synopsis by Qasih..

Friday, April 2, 2010

JANJI KEKASIH

Cerita ini berkonsepkan tentang percintaan remaja yang membawa kepada perpisahan akibat perbezaan darjat..,namun kekuatan cinta itu sendiri telah menemukan kembali mereka walau pun tidak dapat bersama.
Setiap manusia di dunia ini tidak mempunyai perbezaan samada kaya dan miskin.Membeza bezakan antara satu sama lain merupakan sifat2 yang menjurus kepada sifat takbur..Manusia dilahirkan dengan kasih sayang..Tiada siapa yang mampu menolak kehendak hati dan perasaan..Bila ia berputik dan mekar..,Walau badai melanda..ia tetap bertaut kembali..

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang Alia Natasya ..gadis kampung yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.Ia menjadi kebanggaan dan harapan keluarga.Alia terpaksa meninggalkan kedua ibubapanya dengan perasaan sedih kerana itulah harapan yang dipertaruhkan padanya..

Di pusat pengajian tersebut Alia telah bertemu dengan luqman tanpa sengaja..Pada pandangan pertama,luqman tertarik pada Alia tapi Alia tidak pernah mengendahkan perasaan luqman kerana mengingati pesanan ibubapanya  supaya belajar bersungguh2.

Sikap luqman yang sentiasa mengambil berat dan sering membantunya dalam pelajaran telah membuka pintu hati Alia untuk menerima luqman sebagai kekasihnya..Hubungan mereka telah diketahui oleh kedua orang tua luqman.Walaupun mereka tidak mengenali Alia tapi mereka tidak dapat menerima Alia kerana Alia hanya gadis kanpung..

Di saat cinta semakin mekar,mereka terpaksa berpisah apabila luqman dihantar oleh orang tuanya ke luar negara..,sementara Alia masih belajar di situ..Untuk kali terakhir mereka bertemu dan telah berjanji akan bertemu kembali setelah luqman tamat pengajian di luar negara.Alia terpaksa melupakan cintanya sementara luqman memendam hasratnya untuk memiliki Alia suatu hari nanti..Mereka terpaksa berpisah dan menuju haluan masing2..buat sementara waktu..

Setelah tujuh tahun terpisah..,Takdir telah menemukan kembali mereka tetapi bukan sebagai kekasih,Pertemuan yang tidak dirancang itu sungguh menyentuh hati kerana Alia merupakan isteri kepada abang luqman iaitu lutfi..

Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh Alia apabila Luqman masih lagi menaruh hati terhadapnya.Ternyata Alia sendiri tidak dapat menipu dirinya yang dia masih menyintai luqman cinta pertamanya.Alia merasa  serba salah menghadapi situasi antara suami dan kekasih...

Hasil perkongsian hidup Alia dan Lutfi ..,mereka mempunyai seorang anak perempuan yang bernama fifi..
Pada suatu hari Lutfi telah diarahkan bertugas ke sabah selama sebulan dan terpaksa meninggalkan Alia dan anaknya di rumah ibunya buat sementara waktu..

Luqman mengambil kesempatan itu untuk menjalin kembali hubungan nya dengan Alia..,tetapi Alia menolak demi kesetiaannya terhadap suami dan tidak sanggup melukakan hati Lutfi..Setelah berpisah dengan Luqman,,Lutfilah yang telah mengembalikan sinar dalam hidupnya..Pada masa yang sama,hati Alia memberontak lantaran kasih sayangnya yang mendalam terhadap luqman.Luqman pula sukar menerima hakikat yang Alia telah menjadi milik abangnya..

Untuk tidak menghampakan Luqman..,Alia telah membuat perjanjian dengan Luqman umtuk menghabiskan masa sehari bersama luqman..,mengulangi momen2 indah sewaktu mereka bersama,Mereka telah memilih suatu tempat yang tenang.Di situlah mereka menghabiskan masa bersama..,bercerita,bergembira,memasak dan melepaskan kerinduan yang sekian lama terpendam..sehinggalah segala kemesraan itu berakhir untuk selamanya pada keesokkan harinya..

Di saat tiba masa perpisahan..,mereka berpelukan dan menangis bersama..dengan rasa berat hati untuk berpisah buat selamanya..Luqman mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara membawa hati yang luka demi melupakan kenangannya bersama Alia..Lebih2 lagi orang yang di cintainya telah menjadi milik abang nya sendiri..Alia begitu sedihb dengan keputusan luqman,

Sebelum Meninggalkan Alia..,Luqman telah meninggalkan sepucuk surat buat Alia..Alia mengambil surat itu dan menyimpannya tanpa membacanya.. kerana tidak sanggup membaca luahan kecewa luqman..

Di akhir cerita..,Alia mendapat khabar yang luqman telah mengalami kecelakaan di luar negara dan meninggal dunia.Alia menangis dan amat sedih..Waktu itu Alia teringatkan surat yang diberikan Luqman padanya lalu segera mengambilnya..Antara kata2 dalam surat itu..
''' SEANDAINYA INILAH YANG TERAKHIR..,MAKA AKU AKAN MENGAKHIRINYA..,SEANDAINYA AKU MELANGKAH PERGI..AKU TIDAK AKAN MENOLEH LAGI..,MAAFKAN AKU SAYANG...BIMBANG AKU TIDAK AKAN KEMBALI LAGI..KETIKA AKU MELANGKAH PERGI..PANDANGLAH AKU HINGGA KE HUJUNG LANGKAH..KERANA KAU TIDAK AKAN MENEMUKAN AKU LAGI MESKIPUN HANYA SEKUJUR BAYANG...

Alia hanya mampu menangis..

FLASH BACK; SAAT2 MANIS SEWAKTU MEREKA MENGHABISKAN MASA SEHARI BERSAMA...

Temui Qasih dalam novel / drama '' JANJI KEKASIH..                             SYNOPSIS BY QASIH...