Friday, April 2, 2010

JANJI KEKASIH

Cerita ini berkonsepkan tentang percintaan remaja yang membawa kepada perpisahan akibat perbezaan darjat..,namun kekuatan cinta itu sendiri telah menemukan kembali mereka walau pun tidak dapat bersama.
Setiap manusia di dunia ini tidak mempunyai perbezaan samada kaya dan miskin.Membeza bezakan antara satu sama lain merupakan sifat2 yang menjurus kepada sifat takbur..Manusia dilahirkan dengan kasih sayang..Tiada siapa yang mampu menolak kehendak hati dan perasaan..Bila ia berputik dan mekar..,Walau badai melanda..ia tetap bertaut kembali..

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang Alia Natasya ..gadis kampung yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.Ia menjadi kebanggaan dan harapan keluarga.Alia terpaksa meninggalkan kedua ibubapanya dengan perasaan sedih kerana itulah harapan yang dipertaruhkan padanya..

Di pusat pengajian tersebut Alia telah bertemu dengan luqman tanpa sengaja..Pada pandangan pertama,luqman tertarik pada Alia tapi Alia tidak pernah mengendahkan perasaan luqman kerana mengingati pesanan ibubapanya  supaya belajar bersungguh2.

Sikap luqman yang sentiasa mengambil berat dan sering membantunya dalam pelajaran telah membuka pintu hati Alia untuk menerima luqman sebagai kekasihnya..Hubungan mereka telah diketahui oleh kedua orang tua luqman.Walaupun mereka tidak mengenali Alia tapi mereka tidak dapat menerima Alia kerana Alia hanya gadis kanpung..

Di saat cinta semakin mekar,mereka terpaksa berpisah apabila luqman dihantar oleh orang tuanya ke luar negara..,sementara Alia masih belajar di situ..Untuk kali terakhir mereka bertemu dan telah berjanji akan bertemu kembali setelah luqman tamat pengajian di luar negara.Alia terpaksa melupakan cintanya sementara luqman memendam hasratnya untuk memiliki Alia suatu hari nanti..Mereka terpaksa berpisah dan menuju haluan masing2..buat sementara waktu..

Setelah tujuh tahun terpisah..,Takdir telah menemukan kembali mereka tetapi bukan sebagai kekasih,Pertemuan yang tidak dirancang itu sungguh menyentuh hati kerana Alia merupakan isteri kepada abang luqman iaitu lutfi..

Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh Alia apabila Luqman masih lagi menaruh hati terhadapnya.Ternyata Alia sendiri tidak dapat menipu dirinya yang dia masih menyintai luqman cinta pertamanya.Alia merasa  serba salah menghadapi situasi antara suami dan kekasih...

Hasil perkongsian hidup Alia dan Lutfi ..,mereka mempunyai seorang anak perempuan yang bernama fifi..
Pada suatu hari Lutfi telah diarahkan bertugas ke sabah selama sebulan dan terpaksa meninggalkan Alia dan anaknya di rumah ibunya buat sementara waktu..

Luqman mengambil kesempatan itu untuk menjalin kembali hubungan nya dengan Alia..,tetapi Alia menolak demi kesetiaannya terhadap suami dan tidak sanggup melukakan hati Lutfi..Setelah berpisah dengan Luqman,,Lutfilah yang telah mengembalikan sinar dalam hidupnya..Pada masa yang sama,hati Alia memberontak lantaran kasih sayangnya yang mendalam terhadap luqman.Luqman pula sukar menerima hakikat yang Alia telah menjadi milik abangnya..

Untuk tidak menghampakan Luqman..,Alia telah membuat perjanjian dengan Luqman umtuk menghabiskan masa sehari bersama luqman..,mengulangi momen2 indah sewaktu mereka bersama,Mereka telah memilih suatu tempat yang tenang.Di situlah mereka menghabiskan masa bersama..,bercerita,bergembira,memasak dan melepaskan kerinduan yang sekian lama terpendam..sehinggalah segala kemesraan itu berakhir untuk selamanya pada keesokkan harinya..

Di saat tiba masa perpisahan..,mereka berpelukan dan menangis bersama..dengan rasa berat hati untuk berpisah buat selamanya..Luqman mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara membawa hati yang luka demi melupakan kenangannya bersama Alia..Lebih2 lagi orang yang di cintainya telah menjadi milik abang nya sendiri..Alia begitu sedihb dengan keputusan luqman,

Sebelum Meninggalkan Alia..,Luqman telah meninggalkan sepucuk surat buat Alia..Alia mengambil surat itu dan menyimpannya tanpa membacanya.. kerana tidak sanggup membaca luahan kecewa luqman..

Di akhir cerita..,Alia mendapat khabar yang luqman telah mengalami kecelakaan di luar negara dan meninggal dunia.Alia menangis dan amat sedih..Waktu itu Alia teringatkan surat yang diberikan Luqman padanya lalu segera mengambilnya..Antara kata2 dalam surat itu..
''' SEANDAINYA INILAH YANG TERAKHIR..,MAKA AKU AKAN MENGAKHIRINYA..,SEANDAINYA AKU MELANGKAH PERGI..AKU TIDAK AKAN MENOLEH LAGI..,MAAFKAN AKU SAYANG...BIMBANG AKU TIDAK AKAN KEMBALI LAGI..KETIKA AKU MELANGKAH PERGI..PANDANGLAH AKU HINGGA KE HUJUNG LANGKAH..KERANA KAU TIDAK AKAN MENEMUKAN AKU LAGI MESKIPUN HANYA SEKUJUR BAYANG...

Alia hanya mampu menangis..

FLASH BACK; SAAT2 MANIS SEWAKTU MEREKA MENGHABISKAN MASA SEHARI BERSAMA...

Temui Qasih dalam novel / drama '' JANJI KEKASIH..                             SYNOPSIS BY QASIH...

4 comments:

  1. Qasih
    andai dapat dibaca dalam cetakan novel, tentu menarik, teruskan menulis..

    ReplyDelete
  2. Qasih harap ia akan dapat dijadikan novel secepat mungkin..Trima kasih atas galakan dan semangat..

    ReplyDelete
  3. Nok jadi penulis pulok ke.Alhamdulillah teruskan weh....

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Qasih da lama menulis skrip drama tapi waktu tu jual hasil kerja..tapi anti nak pakai nama sendiri..sokongan kawan2 wat semangat berkobar2.

    ReplyDelete