Thursday, March 25, 2010

SENI ITU SANTAPAN JIWA

Bidang pernulisan adalah bidang yang paling aku minati..Sejak dari belasan tahun aku sudah membuat cerpen2 dan menghantarnya ke majalah2.majalah sekolah juga sebagai koleksi peribadi..Hasil kerjaku selalu jua keluar dalam majalah keluarga,wanita dan beberapa majalah lagi.Di samping itu aku juga menulis puisi sebagai koleksi peribadi..malangnya semua hasil kerja aku sudah tiada dalam simpanan setelah aku ke luar negara di Aberdeen scotland united kingdom beberapa tahun...Apa jua yang bernama seni adalah jiwaku..Aku berjinak2 dalam penulisan skrip dan ingin juga menerbitkan novel..Dulu menulis skrip hanya untuk dijual tapi kini aku ingin memastikan setia hasil kerja ditulis atas namaku sebagai penulis.Alangkah ruginya menjual hasilkerja kepada orang lain..apalagi bila skrip yang kita buat mendapat pujian..tapi pujian itu bukan buat kita...Alangkah ralatnya..kesilapan yang takkan dapat ditebus kembali..buat penulis2..hargailah hasil seni kita dan jangan di letakkan harga kerana ianya tiada ternilai..barangkali hasil kerja kita tiada nilainya pada orang lain namun ianya adalah milik kita yang tak akan ada duanya..Andai punya bakat teruslah mengilapnya kerana suatu ketika ia pasti bersinar dan saat itu kita akan tersenyum puas...

4 comments:

  1. salam...singgah..

    teruskan berkarya...ada masa singgah di blog saya.

    ReplyDelete
  2. Salam kembali..,Terima kasih.Saya akan ke blog anda..

    ReplyDelete
  3. salam Qasih
    kepada aku, kerja kerja seni memang menenangkan, sungguh santapan jiwa, tetapi penghargaan masyarakat terhadap seni masih lagi di tahap seadanya. memanfaatkan hasil seni masih lagi di tahap lama, diakui memang kerja seni bukanlah semudah kata. setuju ayat mu bahawa, jangan diberikan harga kepada seni kerana nilainya amat tingi, kepada yang menukangnya apatah lagi terhadap hasil kerja itu sendiri. melaluinya bermula dari bertatih, membuatkan kita faham makna berdiri sebelum berlari, teruskan menulis, martabatkan seni..jangan menjadikan sakit sebagai serik.

    ReplyDelete
  4. Salam kelompen,
    Seni itu terlalu halus dan indah..Memahami seni adalah memahami jiwa..Selagi seni di letakkan di tempat yang benar,selagi itu ia akan bermakna dalam hidup kita..

    ReplyDelete